Rabu, 22 Mei 2013

MumDreams punya barang ^^


Salam.....

Tadi aina ada baca buku pa&ma bulan februari punya. saja aina buat rujukan sikit dekat buku tu. hihi. ada la dalam tu dia ada listkan keperluan bersalin,berpantang, baby dan banyak lagi. nak tahu link tu apa ? nih. nak copycat ye. hihi :-)
http://mumdreams.com.my/estore/ tekan link tu kalau nak tengok.

Keperluan Bayi Baru Lahir.
[aina ambil yang baru lahir terus. langkau sikit]

Barut Bayi : aina beli yang jenis cotton punya. Tapi dekat MumDreams ni cotton punya harga dia RM7.50. [aina beli cotton punya dalam 20 helai. banyak jugak aina beli]

Bedung & Selimut Bayi : Bedung aina beli jenis biasa. [aina beli sikit je.pinjam yang anak akak punya.] 

Tuam Bayi : tuam aina tak tahu pasal tu.

Minyak Bayi : akak guna minyak Yu Yee Cap Limau. Tapi aina takut. sbb __________. aina guna minyak telon. [ aina beli Bebiku Telon Oil yang 30 ml punya. kalau dekat mumdreams harganya RM6.90 . murah je]

Topi Bayi : aina beli yang sekali dengan mitten & booties. satu set la senang nak cakap. [ada tiga baru topi baby hihi]

Romper : romper dekat MumDreams RM10.00 [aina beli harga dia sehelai RM15.00 . Tapi dekat kedai lain la. ]

Baby Tight : Yang ni aina takbeli lagi. hihi 

Kasut Baby : baru ada sepasang. [ Kasut Pooh & Honey. kikiki. saja beli jenis tu.]

Pemanas  Botol Steriliser : tak beli lagi. [ kalau nak beli aina nak beli brand Little Been ]

Baby Sock : 3 in 1 sock RM9.90 set [ Aina beli. Tapi beli dekat Jusco.]

Baby Bather  : baby bather survey yang MumDreams punya RM79.90 [ aina taktahu lagi nak beli ke tak!]

Baby Bib : Dah beli........

Baby Travel Set : Yang ni aina taktahu apa. tiba-tiba  ada siap dalam bilik baby. [suami aina yang belikan. Makasih awak! :-)]

Ok. itu saja untuk hari ini. semenjak ni , aina asyik layan majalah PA&MA ja. Ok jugak layan buku ni kan.. Dapat jugak ilmu pengetahuan melalui buku tu. apa kata korang yang baru mengandung ni cuba beli majalah  pa&ma ? eh eh eh . dia pula yang nasihatkan orang. diri dia sendiri pon tak terurus. hihi :) bagus. mengaku disini :-)

Jumaat, 17 Mei 2013

Cinema | Iron Man 3


Salam....

Iron Man 3 tunggu aina tau. esok aina datang hahaha! esok aina & husband nak pergi tengok wayang. tengok cite IRON MAN 3. tak sabar ni.. untung le anak mama kan.. Time dalam perut dah bole tengok wayang. tengok wayang cerita iron man 3 pulak tu. hebatnye sayang. mama dulu tak macam ni :-) 

Esok nasib baik suami tak kerja & aina free. nasib. kalau tak, tak sempat nak merasa tengok cite ni srbelum bersalin. Nanti bersalin memang takboleh pegi mana-mana dah. nak boleh tapi tunggu sampai lepas berpantang. huhuuhu :p

Lagipun ada lagi barang baby nak kena settle. ok la. esok kita tengok wayang dulu lepas tu baru pergi shopping barang-barang baby. haa! baru teringat. Cakap pasal barang baby , aina tengok mom to be yang lain ada juga buat persediaan pada waktu awal mcm usia kandungan 4 bulan. aina macam tu jugak. Tapi serba-sedikit dulu.

Dan juga mom to be yang lain ade jugak beli barang untuk diorang. maksud aina ni macam barang untuk ibu bersalin. aina ingat baby je ade barang keperluan. rupanya kita yang bakal ibu ni ada jugak. hahaha. kesian aina kan.huhu.

Takpe.. esok lepas tengok wayang kita shopping barang baby & mama sekali ye. k bye :) 

Khamis, 16 Mei 2013

JuSCo


Salam..

Hari ni aina nak update entry baru. tetiba rasa nak taip entry baru. hari ni mood rajin sikit cewahhh   Tadi lepas habis kelas aina ada juga terfikir tentang baju baby dan barangan baby yang tak setel beli lagi. aina terus tnya suami aina  macam mana dengan baju baby yang tak beli lagi sebab ada banyak lagi baju yang kena beli & barang-barang keperluan baby yang lain. tengok la dah berape bulan. Nanti tak sempat kangg. 

Terus dia kata , ape lagi yang tak setel lagi. beli minggu depan lah. hari ni letih sikit. Tiba-tiba aina tak kata apapun terus dia kata ok kalau nak sangat jom kita pergi Mall. Tapi beli sikit-sikit dulu. minggu depan baru kita borong puas - puas . hari tu pegi Jualan masyhur Mom&Baby tak sempat nak pilih. so , jom kita pegi. Tapi memang letih. Nak kata siap-siap. kejap lagi memang ramai orang dan sesak. nbsp;

Bila dah sampai, tak tengok apa dah. terus ke butik baby. yela kalau dok usha nanti jadi lambat la pulak. Lagipun hajat nak pegi beli barang n baju baby je. memang sesak betul. betul kata husband. nak jalan pon....fuhh. very busy . Tapi nak buat camne kan.. bila dah setel semua. dah bayar. rasa puas jugak. ternampak baby cot. alahai makkk! berkenan gila. Tapi dia cakap nanti la. minggu depan ke. ok la bila dia kata mcm tu. 

Tengah berjalan , tiba-tiba ternampak pulak walker baby. terus tunjuk dekat dia. husband pon nampak. dia pergi dekat dengan walker tu. dia kata dekat aina... nak tak? aina apa lagi terus angguk. Haha. dia ckp dia berkenan tapi walker baby ni kita beli sekali gus dengan baby cot. minggu depan lah kalau alang-alang tu. fuh.time tu gembira gile. gembira tak terkata. wahhhhhhh. 

So , dah ade yg berkenan dihati. ewahhh   ok bye. nanti kita update lain.

Rabu, 15 Mei 2013

SOY



Salam...

 

Aina nak cerita sikit tentang ni. aina taktahu lah dulu time aina single and wife belum mengandung aina langsung tak pandang pada soya. tapi lepas mengandung 4 bulan , suami beli air soya. first minum rasa loya-loya sikit bila lama-lama sedap and dah jadi minuman kegemaran dah. setengah pendapat orang soya bagus untuk kita terutamanya ibu mengandung ni.

Now lepas habis kelas time balik setiap petang dekat depan lorong rumah aina ada orang buka gerai. dekat gerai tu dia jual air soya. pehhh. boleh katakan aina pelanggan setia air soya dia. aina pon rase pelik jugak. tiba-tiba minum air soya. sebelum ni tak lalu . siapa tak pelik kan..

Cerita dekat mak aina. mak aina cakap bagus lah kalau camtu. Soya macam memberi khasiat jugak. kekadang pergi market sempat tangan capai bende nih.
 

 Soy Beverage 

Dia ada macam macam perisa. Tapi kalau aina , aina suka yang original punya. sebab rasa macam lebih sedap lagi. Tapi suami aina lebih suka Vanilla. dia cakap sedap perisa tu. aina bole la jugak perisa vanila. Tapi lebih suka original sebab rasa lebih asli. hihi. Tapi tak lupe jugak dengan HI-GOAT MILK. Yang tu tak pernah lupa langsung. Akak cakap bagus amalkan susu ni tambah-tambah lagi time mengandung.

Setahu aina soya ni ada faedah kebaikannya. aina cuma tahu 2 perkara saja. first sebab dia bagi kulit kita cerah. kedua sebab khasiat dia. entah le betul ke tak apa yg aina tau ni  soy beverage yg perisa strawberry memang aina tak boleh minum . loya. 
bye salam...

Baby Napkins

      
Salam 

Yeahh. aina berjaya grab baby napkin sebanyak 3 pack je.  beli mungkin untuk bedung kan baby atau sebagainya. dulu napkin biasa-biasa saja. takde corak morak ni . Tapi sekarang dah berubah . siap ada corak gituww. hihi.

Ikutkan hati nak beli 1 pack je. Tapi ingat balik beli lebih pon ok jugak kan. so dah jumpe kita grab lagi 2 pack lagi.hehehe. lagipun satu pack tu ade 10. kalau 3 pack ? 30 helai napkin laaaaa kan.excited jugak sebenarnya nih.

Semalam whatsapp dengan mak aina . kalau whatsapp je mesti mak tanya nanti bersalin berpantang dekat mana ? so, nak update pasal tu sikit lah ye. mak tanya nak berpantang di rumah sendiri ke rumah mak ke atau rumah mak mentua :

Rumah sendiri : [ rasanya tak ...... sebab kalau rumah sendiri nanti macam mana nak urus baby kan.. aina bukan pandai sangat ni. boleh nak berpantang dirumah sendiri tapi kena bagi mahir dulu.]

Rumah mak mentua : [ mungkin jugak.kena sama adil ye. Tapi mungkin tinggal dekat rumah mak mentua dalam 3 minggu macam tu je.]

Rumah mak : [yayyy. rumah mak mungkin sampai lepas pantang.. ]

Tapi kata dekat mak taktahu lgi camne. Aina mungkin minggu first bersalin tu tinggal dekat rumah mak mentua. lepas 3 minggu baby, aina terus balik rumah mak aina. berpantang disana sampai lepas.TAK SABAR ! ok. semalam juga lepas whatsapp dengan mak aina , aina terus whatsapp dengan kakak aina pulak. tanya dia breastpump macam mana nak beli . brand apa yang bagus.. akak cakap akak guna Medela. Sebab family aina memang jenis guna breastpump brand medela.  so , bila akak dah bagi penjelasan aina ingat nak beli breastpump medela. yahooo!

Suami tanya bila nak beli breastpump? hari tu nak sesangat beli. Tapi sekarang buat macam lupa n tak kisah. terus aina jawab. yela nak beli kena survey dlu. Bukan bole beli sesuka hati ye. so, hari ni tak boleh pegi shopping.hihi. sbb hari ni suami ada hal sikit.so, tunggu minggu depan pula ye. Tapi takpe, ok la. dia cakap minggu depan lah ye. Dapat je tahu dia kata macam tu terus wauuu !

Bye. salam.

Sabtu, 11 Mei 2013

Sana Sini `~~~`


Salam..

Haa! aina nak cerita pasal Jualan Masyhur Mom&Baby tu.aina dh pegi. aina pergi awal2 pgi. mcm pukul 7:00 pagi tu dh bersiap. Gilossss awal kan? ni mesti kes tak sabar nak shopping kan? Aina memang tak sabar betul2 . Aina pergi awal sbb kwn aina cakap kena pergi awal sbb takut nnti tempat parking kereta penuh. So, aina apa lgi keluar pagi2 buta . hehe :)

Bila aina sampai sja org dh ramai n tempat parking dh nak full. Nasib baik aina cepat. Bila dh siap parking aina terus ke bahagian baju baby , aina pergi tengok baju2 baby tinggal yg biasa - biasa saje. sedih . tpi ok la                         tak dpt grab baju2 kita dpt benda lain. eh apa benda lain tu? Alhamdulillah dpt beli Cooler set bag [Storage Bottle dan Ice gel] . 
(Google)

Rabu, 8 Mei 2013

Jualan Masyhur Mom & Baby ^_^


Salam...

Yeayyy! Jualan masyhur Mom & Baby kembali lagi.Aina suka sangat. Sebab ape aeh aina terlampau suka sangat? Ade apa?Haa. ni aina nak cerita sikit. Jualan masyhur ni ada macam-macam contohnya baju,botol , tilam , baby cot dan sebagainya. Dapat jaa tau yang ada jualan masyhur Mom & Baby terus saja excited.. Sebab aina baju baby baru beli 25 helai.Aina kena beli semuanya 35 helai Pasang  
Ada setengah tu saiz besar. Untuk baby 1-6 bulan.Memang la nanti lepas kita bersalin bole beli kan.. Tapi aina malas nak keluar nanti.. Aina beli siap.

Jualan masyhur ni aina memang excited nak pergi.Aina nak beli baju,baby cot dan sebagainya .Aina nak habiskan dalam bulan ni jugak. Tak kira..Hehe. :) Aina ingat aina nak pergi hari Sabtu ni la. Sebab hari Sabtu je yang aina dan husband free. So, aina dah cakap dah dekat suami. Dia cakap ok. Dia semua ok. Hehe. First sekali nak pegi bahagian baju baby dulu.Sebab nanti kalau lambat baju cantik-cantik habis. Hehehe. So, nak terus zass pergi ke bahagian tu. Second nak pergi bahagian baby cot . Lepas settle aina nak juga tengok bahagian-bahagian lain kan.. Beg baby tak beli lagi...Takpe lah tunggu hari Sabtu ni. Sebab dekat sana semua barang baby murah. . Macam harga borong. 

Baju baby dah settle dobi. Cabaran jugak sebab kecik-kecik semuanya.. Kikiki :P . Aina nak pergi Jualan Masyhur Mom & Baby . Nak pergi borong puas-puas . hehe . bye ^^ . Salam.

Jumaat, 3 Mei 2013

Deco bilik baby "S"


Assalamualaikum..

 Alhamdulillah , aina and suami dah deco bilik baby.. Macam-macam kitorang beli untuk letak dalam bilik baby.. Yang paling penting semuanya pink.. Hahaha Nasib laaaa kalau yang keluar nih baby boy.. Semua pink.. Sana pink sini pink.. Hihi.. Baby cot pun kitorang dah letak dalam bilik baby.. Tapi macam nak ubah letak baby cot dalam bilik kitorang.. Sebab baby cot harini baru nak cari.. Esok dah tak boleh mengundi kan... Oh yaa rumah aina tak besar.. Rumah apartment je.. Ada 3 bilik.. Bilik baby sebelah dengan bilik aina je.. Senang sikit kalau dia menangis aina boleh dengar kan.. Oh yaa lepas bersalin baby tido dengan kitorang dulu.. Bila baby dah 6 bulan macam tuh baru tido dalam bilik baby.. Awal-awal tuh macam kecik sangat nak bagi tido sensorang.. 

Mama Papa


Salam..


Pening nak suruh baby panggil apa dekat aina and hubs nanti.. Memula nak panggil ibu ayah pastu hubs cakap ibu tu ok dah ayah tu nampak macam dia dah tua.. Pulak dah hahaha... 
Pikir punya pikir last sekali decide mama papa.. Baru nampak sweet gitu hehe 

Tak kisahlah mama ke papa ke ummi ke abi ke.. Semua sama je.. Yang penting cara kita didik anak-anak kita nanti :)

Aina Minum Susu Apa Semasa Hamil ?


 Salam..

Susu apa yang aina minum masa mengandung ?
Meh aina nak kongsi susu yang aina minum time aina mengandung ni.


Hi-Goat Milk. So far aina minum hi-goat nih.. Rasa pun okay and alhamdulillah tekak aina boleh terima.. Lagipun takde bau hamis.

Khamis, 2 Mei 2013

^^



Assalamualaikum ......

Alhamdulillah barang-barang baby banyak yang dah complete.. Tapi ada jugak yang tak beli lagi.. Yang dah beli tu tak basuh lagi.. Tersimpan elok je dalam plastik tu huhu.. Ingat hari Sabtu ni la nak start dobi baju-baju tu.. Mintak-mintak laa tak malas... Kalau malas confirm tak jadi basuh baju baby.. Baju-baju baby tu nak basuh tangan atau mesin ? Selalunya mesin cepat ksn. Tapi akak aina basuh baju baby tak guna mesin basuh.. Mak aina tak bagi.. Aina pon rasanya sama jugak..Guna tangan la.. mithali sikit.. Hewhew

Rabu, 1 Mei 2013

Checklist Barang Keperluan Baby :))))))))))))))


Salam..

Entry Harini agak best.. Eh mungkin best bagi aina saja kot.. Jari ni tergedik-gedik sudah nak update entry ni.. aina rasa excited sangat nak tulis entry ni..

Checklist nih aina ambik dari blog mom to be jugak... Ada barang baby yang aina dah beli dan ada jugak barang baby yang aina tak beli lagi..

Pakaian Baby )


  • Baju baby pada waktu @siang : baju seluar pendek & lengan pendek.baju lubang2 , singlet

  • Baju malam baby @tidur : aina beli tangan panjang (aina beli 10-20 helai.. Tapi 10 helai je untuk newborn yang selebihnya untuk 1 bulan-6 bulan.. ) 


  • Baju jalan - jalan : Lepas pantang baru beli

  • Mitten & Booties : seperti yang aina cakap aina nak beli byk.. (bukan sebab malas ye.. Tapi takut sejuk pulak baby tu..)

  • Romper & Jumpsuit : (Ambik yang anak akak dulu.. heee :D )


  • Bedung : Yang nih beli punya banyak.. Beli mengalahkan anak kembar 


  •   Barut : Tak beli lagi

  • Bib : Haritu aina ada update entry kan? aina dah beli dah.. Beli dekat TESCO EXTRA . (aina beli 2 helai)


(Diapering)


  • Napkin :  Aina dah beli.. Aina beli brand ANAKKU 

  •  Lampin pakai buang :  beli yang Drypers Soft Newborn (beli yang newborn tau )

  •  Changing mat : tak beli lagi..

  •  Bakul Baju bayi : Yang ni aina beli 2.. Satu untuk baju yang kotor satu lagi untuk baju baby yang dah dibasuh.


( Baby Care)

  •  Bedak bayi : Dah terbeli..

  • Baby Oil : belum lagi ..

  • Losyen bayi : Dah beli... ( Brand Johnson aina beli )

  •  Cotton Bud : (aina beli buat stok hehehe sebab aina rasa baby guna juga kot . )

  • Minyak Telon :  (ikutkan hati aina nak beli minyak yuu yee tapi ada org kata tak halal so aina pilih minyak telon..)

  • Cotton Ball : beli jugak untuk cuci tali pusat baby 

  • Cream :  Aina beli Nappy Rash Cream (Brand Pureen)


(Kepeluan Tidur Baby) 

  •  Set Tilam : Wajib beli... Aina tempah dekat kawan aina

  •  Baby Cot :  Tak beli lagi

  • Kelambu  


( Feeding ) 

  •  Botol Susu : Aina dah beli haritu ( Brand Pureen )

  •  Bottle Sterilizer 

  • Tempat letak botol  

  • Berus Pembersih Botol 

  •  Breast Pump : Haaaaa ! Yang ni tak beli lagi.. Baru dok survey ...

  •  Cooler set bag [Storage Bottle dan Ice gel] : Tak beli lagi.. Akan beli sekali dengan breastpump 

  •  Nursing Pillow 

  •  Termos : Dah beli



(Travel)
  • Baby Carrier : Tak beli  (aina nak beli tapi suami tak kasi..dia cakap guna stroller)
  •  Baby Car seat : Wajib...Tapi nak tunggu lepas beranak dulu.

  •  Stroller : tak beli lagi..tunggu lepas beranak baru beli..
  •  Beg Baby 

(Bathing)
  • Baby Tub : Aina beli yang Anakku punya .. (ada setengah pendapat orang kata tak payah beli.. Bagi mandi tanpa baby tub..)
  • Tuala Baby : Dah beli 
(Keperluan Lain-lain) 
  • Mainan Baby 
  • Almari baby 
 

Mitten & Booties


Salam....


Mitten & booties baru je beli 6 pairs  cenggitu.. Ada orang cakap mitten booties 6 pairs dah cukup sebab nak pakai kejap je tapi ada jugak orang cakap mitten n booties ni beli banyak takpe sebab nanti baby sejuk.. Akak aina dia beli ni 20 pairs mitten n booties ni. Dia cakap beli 10 pon dah cukup sebab boleh basuh kan..

Akak aina beli banyak sebab dia malas nak basuh.. Dia akan basuh mitten n booties , baju-baju baby waktu husband dia cuti.. Husband dia la yang tolong basuhkan.. nanti nak macam tuu jugak ye !  Kalau aina buat macam tu memang nak cari penyakit kot. Akak takpe la suami dia faham.. So ramai yang suruh aina beli banyak sebab nanti baby cepat sejuk n memang wajib baby pakai benda ni.

Sekarang benda apa yang aina taktahu aina banyak call akak tanya.. Tanya orang yang berpengalaman ada baby ni lebih selamat hihihi