Memaparkan catatan dengan label Qaisara Sofea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Qaisara Sofea. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Jun 2014

Tema untuk birthday

Assalamualaikum.
Alaaa. Lamanya tak update kan. Dah berbulan dah tak update. Huhu. Busy kot sejak jadi mama and kerja nih. Anak mama pun bulan depan dah nak setahun dah. Huhu. Tapi birthday anak mama bulan puasa. Nevermind sayang.. Kita buat after raya sekali dengan open house. Kikiki :p

Sekarang dah kena survey dah untuk 1st birthday anak mama nih. First mesti lah tema dulu kan. Kalau takde tema susah jugak. Memula pening tak tau nak buat tema color je ke atau cartoon. Last dah decide buat tema kartoon je. Tapi nak buat tema cartoon apa erk. Hmm.

Eh anak dah nak setahun tapi nama anak tak bagitau pun kan. Haha. Okey baby nama Qaisara Sofea. Sedap tak. Haha.

Tetiba rindu time sofea dalam perut. InshaAllah kalau ada rezeki, hujung tahun nih nak dapat baby boy pulak. Yeayy. Nanti sofea jadi kakak. Hihi. Okey dah melalut ke mana dah. Haha. Okey sekarang nih nak upload "bakal tema " birthday sofea nanti. Hihi

Semua pic credit google yea




Husband cakap tema apa nih. Macam tak sesuai. Terus aina cakap nih tema minnie mouse. Ok ape kalau kita buat tema nih untuk birthday sofea. Pastu husband tak setuju. Whatever! Mama akan list jugak tema nih tau sofea. Haha.




Ingat nanti nak buat tema hello kitty. Tapi macam dah ramai sangat buat tema nih. So papa cakap buat tema lain. Bosan asyik hello kitty je. Okey mama tetap nak masukkan dalam list. Haha.




Tunjuk pic nih hubs cakap bagus jugak idea nih. Sebab tak ramai sangat buat tema dora nih kan. Tapi taktau lagi macam mana. Huhu




Ingat nak jugak buat tema frozen nih. Sebab mama dia pun layan jugak cita nih. Haha. Kantoi :p Tapi tak tau lagi macam mana.




Pastu terfikir apa kata aku buat tema " Sofia The First " Lagipun anak aku kan nama sofea. Haha. Sampai macam tuh mama dia pikir kan. :p Hubs setuju jugak dengan idea tema nih. Tapi kita tunggu dulu macam mana nantikan. Mana tau kot ubah fikiran ke kan. Hihi.

So tu antara bakal tema untuk birthday sofea nanti. Kita tunggu dan lihat tema apa yang akan kitorang buat. K bye. Assalamualaikum :)

Jumaat, 21 Februari 2014

Hadiah dari mama :)

Lamanya tak update... Sejak-sejak dah jadi mama and masuk kerja memang busy sangat. Sampaikan fb sendiri pun dah tak buka.. Ramai sangat tanya kenapa tak update blog.. Owh.. Saya bukan sengaja tak nak update ya tapi saya busy . Huhu.

Nih ada masa of course lah sebab si kecik tengah nyenyak tidur kan.. Huhu.. Yes.. Today aina cuti.. Sebab nak bawak anak jalan-jalan. Sempena anak dah 7 bulan.. Hehe.. Yes baby dah 7 bulan.. Cepatnyaa masa :') Dan aina boleh update sebab download apps blogger dekat phone.. So aina harap bila dah download apps blogger dekat phone, aina rajin sikit mengupdate kan.. Huhu.. Hopefully..

Ok.. Nanti akan ada banyak cerita throwback je lah ye.. Hehe.. Sebab nak update dekat sini boleh jugak jadi kenangan dekat aina nanti kan.. Huhu..

Di sebabkan hari nih baby dah genap 7 bulan,  3 hari lepas aina hadiahkan baby rocker baby.. Hihi.. Alhamdulillah rocker tu dah sampai dekat tangan aina dah.. Hehe

Aina hadiahkan baby rocker baby.. Yes aina tahu macam dah lewat dah kan nak hadiahkan dekat baby rocker.. But aina tak nak beli awal-awal takut tak berbaloi macam playgym baby tu.. Huhu.. Ye.. Baby tak nak duduk pun dalam playgym tu.. Macam membazir je beli.. Huhu.. Tapi sekarang baby dah nak duduk dalam tu.. Tu pun start 6 bulan haritu.. Huhu..

Rocker tu Aina beli online je.. Sebab harga jauh lebih murah dari beli dekat. kedai tau.. So sebab tu lah Aina beli online je.. Alhamdulillah baby nak duduk dalam rocker baby tu.. Hope baby nak duduk dalam tu sampai lah kamu besar ye..

Rocker tu best sebab dia ada music sekali.. Memula nak beli yang latest punya tapi macam tak kuasa je.. Sebab yang latest punya color pink.. Mana lah tahu kot-kot second baby nanti dapat baby boy, takkan nak pakai jugak rocker tu.. Malu lah kan.. Tapi rasanya color biru nih tak jadi masalah kot.. Sebab girl and boy boleh guna kan.. Rocker baby nih brand fisher price tau.. Harga rm180..  Kalau nak beli dekat kedai baby pun okay je.. Tapi aina beli online.. Sebab jauh lebih murah dari kedai. Postage pun tak kena.. Alhamdulillah dapat free postage :)

Contoh rocker baby yang aina beli...