Rabu, 28 Ogos 2013

Cerita Raya :)


Salam semua :)
Baru berkesempatan update entry :__:
Haha. rasanya dah lama aina tak update entry kan al-maklumlah, dah ada orang baru dalam hidup semestinya busy kan.. rasanya sebulan lebih jugaklah aina tak update kan..

Ok. next entry ...

Entry kali ni aina nak update kisah raya. raya dah berapa minggu baru nak update kan.. Tak kisahlah , aina tetap nak jugak share and update. huhu. raya tahun ni best sebab raya adA orang baru . Tapi raya kali ni tak pegi mana-mana pon. just raya rumah sedara mara je. :( cemburu tengok orang pergi raya sana sini. 

Seminggu sebelum raya tu aina dah balik rumah in law (MIL)dah. sebab tahun ni turn raya belah suami. kampung suami di Perak. anddddd kampung aina pulak di Johor Bahru. tahun lepas dah raya sebelah aina, tahun ni kene belah suami pulak la kan.. so, perjalanan nak balik perak tu lama la jugak :) masa nak balik tu aina riba baby je. sebab senang nak bf kan. ok. tutup bab tu, kita buka bab baju raya pulak ;)


Baju raya aina tahun ni peplum :) haha. tahun lepas nak merasa pakai peplum tapi hakikatnya gemok ! haha :P
Tak cantiklah kan kalau perut gemuk pakai peplum kan? tahun lepas husband rancang nak buat tema warna oren. tahun ni pulak aina yang rancang nak buat tema warna apa . so, mestilah pink kan.. Dah penggemar setia PINK katakan ! 
Terpaksalah husband pakai pink. hahahaha :3 raya tahun ni tak boleh melaram sangat sebab raya dalam pantang. Tapi tahun ni aina ada geng nak bergaya. insyaallah , tahun depan aina ada geng nak bergaya bersama anak sendiri, eh ! yela, tahun depan mungkin my baby dah besar kan.. entah-entah dah boleh jalan ~

Ok, kalau nak ikutkan aina, aina nak peplum yang ada zip didepan.  sebab senang nak bf baby kan.. Tapi ade ke orang nak jual peplum ada zip didepan untuk memudahkn lgi bf kan.. So, yang tu je aina jumpa. reda jelah. Tapi peplum yang aina pakai time raya memang best shangat ! sebab kain dia lembut and tak panas. aina selesa pakai. :)

Ok. dah setel bab baju , kita pergi ke bab lain pulak. hahaha. ok, kalau dari segi nak pergi raya rumah orang, mencabar jugak bagi aina. yela , aina dah la ada baby. pastu pulak kalau pergi rumah orang nanti bisinglah, nak bf lagi lah semua ada. Jadi aina guna langkah bijak aina dengan memakai nursing cover. nursing cover tersangatlah penting. Tapi kadang-kadang tu segan jugak nak menyusu kalau orang betul-betul ramai. so , aina pump susu dari rumah. so kalau baby nangis nak susu, aina just bagi botol saje.

Tapi kalau orang tak ramai , nursing cover lah penyelamatnya. 


Nursing cover aina macam gambar yang diatas. walaupun aina guna nursing cover, aina tetap memerlukan bantuan suami untuk memudahkan lagi aina menyusu. lupa pulak nak cakap. so far ok lah. susu badan aina banyak. hope lebih banyak lagi supaya senang nak teruskan bf my baby .

Dan itu saje untuk entry kali ini. nampak gayanya macam my baby dah bangun tu. dok jeling-jeling dekat mama dia.
Ok bye ;)


Next entry : Survey stroller