Isnin, 9 Jun 2014

Selesai sudah ganti puasa

Assalamualaikum :)
Haritu ada update entry pasal tema untuk birthday sofea kann. Finally kitorang dah decide dah nak buat tema apa. Tapi kitorang rahsiakan dulu tema apa sebab date tak pilih lagi. Huhu.

Btw, aina deliver sofea time bulan puasa. Maknanya kena ganti balik lah kan puasa. Syukur sangat dah setel dah ganti puasa. Setel dari bulan lepas lagi. First risau jugak sebab nak handle sofea lagi, pastu sofea minum susu badan, kerja lagi. Huhu. Google punya google. Dapatkan tips. Dan akhirnya dah setel.




Mula fikir untuk ganti puasa sebab akak ipar aina ada tanya dah ganti dah ke puasa. Then mula lah gelabah sebab banyak hari kan. Takut jugak mula-mula sebab sofea still menyusu badan. Pastu kerja lagi. Kerja okey je sebab sebelum pregnant puasa pun kerja kan. Tapi sebab fikir sofea. Huhu. Tapi husband cakap takpe dia tolong jugak tengokkan sofea time aina puasa nih. Terus lah macam okey sikit kan. Huhu.

Tup tup eh dah habis dah ke aku ganti puasa. Alhamdulillah dah selesai dah semuanya. Selalu orang tanya susah tak ada anak kecik puasa nih. Yang tuh aina tak boleh jawab. Huhu. Tak susah sebenarnya. Biasa je. Sebab nanti ramadhan takkan korang tak puasa kan. Alasan sebab ada anak kecik. Huhu. Ikutkan memang tak susah sangat pun. Tapi kot lah korang susah ke kan. Nak tau susah ke senang korang try lah puasa. Huhu. Nak komen banyak-banyak kang jadi masalah pulak kan. Huhu.

Apapun dah selesai sudah ganti puasa. Baru senang hati sikit. Tak sabarnya nak tunggu hujung bulan june nih. Puasa! ^_^

Ok bye

Jumaat, 6 Jun 2014

Tema untuk birthday

Assalamualaikum.
Alaaa. Lamanya tak update kan. Dah berbulan dah tak update. Huhu. Busy kot sejak jadi mama and kerja nih. Anak mama pun bulan depan dah nak setahun dah. Huhu. Tapi birthday anak mama bulan puasa. Nevermind sayang.. Kita buat after raya sekali dengan open house. Kikiki :p

Sekarang dah kena survey dah untuk 1st birthday anak mama nih. First mesti lah tema dulu kan. Kalau takde tema susah jugak. Memula pening tak tau nak buat tema color je ke atau cartoon. Last dah decide buat tema kartoon je. Tapi nak buat tema cartoon apa erk. Hmm.

Eh anak dah nak setahun tapi nama anak tak bagitau pun kan. Haha. Okey baby nama Qaisara Sofea. Sedap tak. Haha.

Tetiba rindu time sofea dalam perut. InshaAllah kalau ada rezeki, hujung tahun nih nak dapat baby boy pulak. Yeayy. Nanti sofea jadi kakak. Hihi. Okey dah melalut ke mana dah. Haha. Okey sekarang nih nak upload "bakal tema " birthday sofea nanti. Hihi

Semua pic credit google yea




Husband cakap tema apa nih. Macam tak sesuai. Terus aina cakap nih tema minnie mouse. Ok ape kalau kita buat tema nih untuk birthday sofea. Pastu husband tak setuju. Whatever! Mama akan list jugak tema nih tau sofea. Haha.




Ingat nanti nak buat tema hello kitty. Tapi macam dah ramai sangat buat tema nih. So papa cakap buat tema lain. Bosan asyik hello kitty je. Okey mama tetap nak masukkan dalam list. Haha.




Tunjuk pic nih hubs cakap bagus jugak idea nih. Sebab tak ramai sangat buat tema dora nih kan. Tapi taktau lagi macam mana. Huhu




Ingat nak jugak buat tema frozen nih. Sebab mama dia pun layan jugak cita nih. Haha. Kantoi :p Tapi tak tau lagi macam mana.




Pastu terfikir apa kata aku buat tema " Sofia The First " Lagipun anak aku kan nama sofea. Haha. Sampai macam tuh mama dia pikir kan. :p Hubs setuju jugak dengan idea tema nih. Tapi kita tunggu dulu macam mana nantikan. Mana tau kot ubah fikiran ke kan. Hihi.

So tu antara bakal tema untuk birthday sofea nanti. Kita tunggu dan lihat tema apa yang akan kitorang buat. K bye. Assalamualaikum :)