Sabtu, 19 Julai 2014

#SofeaTurns1 : Kad Jemputan Birthday Sofea

Assalamualaikum
Sekarang nih terlampau busy sangat.. Busy dengan raya lagi, persiapan #QaisaraSofeaTurns1 lagi, deco rumah lagi & macam-macam lah.. Sampai tak sempat nak update blog kan.. Huhu..

Btw, 21 julai nih Sofea dah nak setahun.. Cepatnya anak mama membesar ya.. Mama rindu awak masa dalam perut & time awak newborn.. Serius mama rindu sangat! Rasa macam kejap pulak eh awak membesar.. Mama & papa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Sofea.. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik, mendengar kata & solehah ya sayang :)

Kitorang dah decide nak buat 1st birthday Sofea bulan depan nih.. Bulan ogos..So mama dia mestilah tengah busy prepare macam-macam kan.. Sekarang nih aina dalam mood diy..hihi.. Rasa macam best pulak dapat diy kan.. Feeling-feeling nak kawen gituu.. Hewhew :p

Btw, sekarang aina tengah fikir pasal kad jemputan untuk birthday Sofea nanti.. Husband suruh tempah je.. Tapi aina rasa better kalau buat sendiri kot.. Jimat sikit kan.. Dan boleh print berapa banyak pun :) Kalau tempah kang mengalahkan nak buat wedding anak je kan.. Better buat sendiri kan.. So now tengah mencari idea untuk buat kad jemputan birthday Sofea nanti. Nih aina ada jugak copy image-image from google.. Korang yang rasa ada idea boleh bagitau aina ya








Semua pic kat atas tuh credit google tau..

Khamis, 10 Julai 2014

Qaisara Sofea nak jadi "Kakak" ?

Assalamualaikum
Last update 9 jun.. Entry kali nih pulak 10 julai.. Maksudnya dah sebulan 1 hari tak update kan.. Whatever.. Btw, sorry ler kalau tittle tuh buat korang terkejut or what kan.. Tapi memang betul nak update pasal nih pun.. Bila pegi mana-mana sure orang akan tanya "Bila Sofea nak dapat adik?" Pastu kalau belah hubs plak ramai duk tanya "Qaisara dah besar,dah boleh tambah sorang lagi nih.." [belah hubs diorang panggil Qaisara] Soalan tuh yang selalu sangat orang tuju dekat aina & hubs.. Kekadang rasa macam nak marah.. Yelah anak setahun pun tak sampai lagi dah tanya bila nak tambah.. Pastu kalau pregnant anak bawah setahun komen.. Cakap kecik lagi lah apa lah.. So acaner nak buat nih ?

But sape yang tak nak anak ramai kan.. Aina & hubs memang kalau boleh nak anak ramai.. InshaAllah. Tapi bukan sekarang lagi kot.. Bagi Sofea besar sikit baru tambah lagi.. Now nak manja dulu dengan sofea.. Lagi pun dia kecik lagi kan.. Tapi kalau lah rezeki Sofea nak dapat adik dalam masa terdekat Alhamdulillah, kitorang terima je.. Maybe rezeki kitorang kan. Tapi kalau ikut aina memang nak Sofea 2 tahun dulu.. Kalau hubs setiap tahun pun boleh je.. Tehee :p

For now biarlah ada anak sorang dulu.. Yup. Aina mengaku memang aina teringin nak pregnant lagi dan ada baby lagi.. Tapi aina ada alasan tau.. So korang doa-doa lah ya semoga cepat-cepat Sofea dapat adik.. Mana tau kot hujung tahun nih berempat pulak kan.. :)

So sekarang macam mana nak cakap nih.. Sekarang aina belum pregnant untuk second baby lagi.. Tapi tak kisah sebab ada Sofea kan.. InshaAllah kalau ada rezeki tahun nih aina nak pregnant lagi.. InshaAllah kalau ada rezeki.. Kita hanya merancang Allah yang tentukan :) Tapi kalau belum ada rezeki nak pregnant tahun nih its okey.. Aina terima.. Maybe nak tunggu Sofea besar sikit dulu kan.. Tapi kalau tahun nih aina pregnant.. Alhamdulillah :')))))

Apapun korang doa-doa lah semoga aina pregnant cepat-cepat ya. Taklah Sofea main sorang-sorang nanti takde kawan :p