Jumaat, 18 Disember 2015

Pengalaman Bersalin Amanda

Assalamualaikum

Alhamdulillah aqiqah Amanda dah setel mama dah boleh tarik nafas lega.. Nanti aina update pasal majlis aqiqah Amanda okay.. Bulan nih Amanda dah 6 bulan lebih.. Cepat je masa berlalu and Amanda membesar.. Makin cerdik and aktif sekarang..

Btw harini aina nak update pengalaman bersalin Amanda.. Lepas nih maybe pengalaman bersalin kakak Sofea pulak.. InshaAllah.. Betul cakap orang setiap anak akan ada pengalaman yang berbeza.. Macam kakak Sofea dulu aina deliver normal.. Amanda pulak deliver secara czer.. Dua-dua pengalaman aina akan ingat sampai bila-bila.. Pengalaman berharga bagi aina.. Normal and czer.. Dua-dua sakit..  Macam normal kita just sakit bawah je czer pulak sakit atas bawah.. Tapi percayalah bila tengok muka anak terus lupa semua sakit :')

26 April 2015

Harini edd adik baby.. Tapi still takde tanda-tanda lagi so aina pun buat taktau jelah.. Still buat kerja rumah and bawak Sofea jalan-jalan.. Nanti Sofea terperap je dalam rumah sebab mama pantang kan.. Bawak dia pegi taman, shopping.mall.. Tetiba rasa sebak boleh ke Sofea handle diri dia sendiri bila adik baby dah keluar nanti.. Tapi takpe sedapkan hati yang Sofea akan jadi kakak yang baik and penyayang..
Pergi hospital doktor bagi lagi seminggu kalau tak bersalin and takde keluar tanda jugak kena datang hospital untuk serah diri.. Aina tak kisah sangat pun masa nih sebab Sofea dulu pun overdue haha.. Tapi aina ada jugaklah pujuk baby keluar cepat-cepat.. Takut jugak kalau kena induce huhu

3 may 2015

4 pagi :-  Air ketuban dah pecah.. Kejut hubs cakap air ketuban dah pecah pastu hubs boleh tanya " kalau dah pecah baby dah nak keluar dah eh? Kena pegi hospital eh? Nak pegi sekarang ke? " Hekeleh sakit pulak hati aina time nih hahaha.. Disebabkan harini tarikh kena serah diri dekat hospital kalau tak bersalin lagi so aina pun rilex chill dulu.. Aina cakap tunggu pagi lah.. Tak sakit lagi and memang nak kena pegi hospital kejap lagi so aina pakai pad pastu sambung tido haha..

8 pagi :- Disebabkan still takde rasa sakit, aina ajak hubs pegi breakfast dulu.. Sempat makan roti canai and telur separuh masak
Sampai hospital dalam pukul 9 macam tu terus kena buat ctg.. Nurse cakap contraction aina kuat tapi dia tengok muka aina rilex je macam orang tak sakit terus dia tanya tak rasa sakit ke.. And aina jawab yes tak sakit sambil senyum haha.. Check bukaan dah 3cm.. Pastu bila nurse tengok air ketuban dia cakap dah color hijau sikit.. Maksudnya baby dah poopoo dalam tuh

Doktor cakap takpe kita tengok dulu macam mana.. Kalau bukaan ok aina ada peluang untuk bersalin normal kalau bukaan duk banyak tu jugak aina kena emergency czer lah jawabnya.. Time nih berdoa supaya dapat bersalin normal.. Seram sejuk dengar perkataan czer huhu.. Time nih kalau tak silap pukul 12 lebih kot.. Bukaan still 3cm so doktor decide untuk induce.. Time nih jugak sakit contraction tuh makin menjadi-jadi tapi bukaan still sama.. Sementara nak tunggu bukaan buka banyak aina tido dulu.. Nak simpan tenaga untuk push baby nanti.. Dalam tengah syok-syok tido tuh ada doktor datang and cakap aina kena czer sebab dah lama dah.. Takut jadi apa-apa dekat baby.. Time nih rasa down sangat-sangat.. Harap sangat dapat deliver normal tapi nak buat macam mana kan.. Hubs banyak bagi semangat time nih

8:15 malam :- Aina kena tolak pegi dewan bedah.. Sempat salam hubs and mintak maaf.. Time nih rasa seram sejuk.. Yelah banyak baca blog czer lebih sakit dari normal and macam-macam benda buruk boleh jadi masa tengah czer.. Time nih jugak dah tak pikir apa dah.. Nak baby keluar dengan selamat je.. Sampai je dewan bedah perghh rasa sejuk gila! Rasa macam tengah duk dekat overseas huhu.. Lepas tu terus aina dah tak sedar..

8:45 :- Dengar suara baby nangis..  Alhamdulillah baby dah selamat keluar.. Terus rasa sebak :') Anak yang dikandung selama nih dah ada depan mata.. Dah ada anak 2 orang, Sofea dah jadi kakak.. Syukur alhamdulillah.. Tapi tak boleh tengok baby lagi sebab nurse nak bersihkan baby dulu.. Lepas nurse dah bersihkan baby baru nurse bawak baby jumpa aina.. Memula nurse tanya baby apa.. Aina jawab girl.. Pastu nurse letak baby tepi aina.. First time jumpa second baby rasa sebak sangat-sangat! Aina sempat kiss baby.. Lepas tuh nurse bawak baby jumpa hubs.. Untuk hubs azankan

9:50 malam :- Nurse tolak aina masuk ward.. Time nih baby takde.. Tinggal aina and hubs je.. Aina tanya nurse yang bertugas tu " anak saya mana ye nurse.. Saya tak boleh jumpa anak saya lagi ke " pastu terus nurse tu jawab " anak awak ada.. Kejap lagi diorang hantar  " Tak lama lepas tu terus ada sorang nurse nih datang tolak baby masuk dalam bilik yang aina duk tuh.. Allah.. Rasa happy and bersyukur sangat-sangat.. Terus tak sabar nak balik rumah.. Nak suruh Sofea kiss adik baby..

Alhamdulillah baby dah selamat keluar.. Walaupun kena bersalin secara czer aina bersyukur sebab  semuanya berjalan dengan lancar and selamat.. Tu pun dah cukup bagi aina.. Now dah ada 2 girl.. Boy bila pulak eh? Nexttt! Hikhik

Selasa, 3 November 2015

Amanda 1st solid food

Assalamualaikum

Bulan nih anak bongsu Aina, Keisha Amanda dah 6 bulan.. Yeayyy dah boleh makan.. Mama yang excited lebih anak dah boleh makan..


Baby boleh makan start 6 months above yaa.. Tapi walaupun baby boleh makan 6 months above, tak semua makanan baby boleh makan yer.. Boleh tengok table yang Aina upload tu.. 
So semalam baru Aina start bagi Amanda makan.. Kemain suka dia dapat makan.. Aina bagi puree apple dulu.. Alhamdulillah Amanda nak makan..  Macam kakak Sofea dulu dia taknak.. Dia tolak guna lidah.. Amanda nasib baik dia nak.. Tak tolak.. Siap nangis lagi bila bangun and cakap dah habis.. Next weeks nak try bagi puree pumpkin pulak..

Okeh cukup lah sebagai kenangan dalam blog nih.. Nak sambung prepare barang untuk aqiqah Amanda.. Banyak lagi benda yang tak setel.. Nervous pulak huhu 

Sabtu, 24 Oktober 2015

Checklist Aqiqah

Anak kedua Aina , Keisha Amanda dah 5 bulan 3 minggu harini... Anak sulung Aina pulak , Qaisara Sofea dah 2 tahun 3 bulan harini.. Cepat je diorang membesar.. Kadang-kadang rasa macam tak puas lagi nak manja dengan diorang.. Amanda dah pandai nak sembang dengan orang.. Cakap apa pun taktau lah haha tapi seronok layan dia sembang.. Kakak Sofea pulak makin aktif and bijak sekarang nih.. Alhamdulillah dapat tengok diorang membesar depan mata

InshaAllah kalau takda apa-apa Sabtu depan nak buat aqiqah untuk Keisha Amanda.. Ikutkan nak buat masa hari ketujuh Amanda lahir tapi tak sempat.. Sabtu depan baru kitorang free..  So minggu nih kitorang laki bini sibuk prepare barang untuk aqiqah Amanda.. Nak buat aqiqah pun kena google checklist ok haha.. Takut ada yang terlepas pandang.. Masa Kakak Sofea dulu kitorang buat kecil-kecilan je.. Untuk Amanda pulak kitorang ingat nak panggil ramai sikit.. Ada rezeki lebih kan

1. Tarikh dan masa

Tarikh InshaAllah hari Sabtu depan 31.10.2015 nih.. Masa pulak InshaAllah kitorang akan start lepas asar sampai petang dalam pukul 6 macam tuh

2. Tempat

Memula kitorang ingat nak buat dekat rumah kitorang sendiri..Senang kan.. Kawan-kawan nak datang pun senang.. Tapi tulah rumah kitorang apartmen.. Nak buat dekat mana kan.. Macam leceh sikit.. So kitorang decide buat dekat rumah mil.. Rumah mil besar sikit and ada ruang untuk buat khemah.. Guest pun selesa lah sikit kan

3. Senarai Jemputan

Masa Kakak Sofea haritu kitorang jemput 150 orang je.. Kali nih maybe 350 orang.. Ramai kan.. Ada rezeki lebih sikit.. Boleh share dengan kawan-kawan kan.. Tapi 350 tu lebih kepada saudara mara , jiran and kawan-kawan terdekat je..

4. Kad Jemputan

Macam membazir buat kad jemputan.. Tapi takpelah.. Kad jemputan buat sendiri je.. Then just invite dekat whatsapp and fb je.. Design tak pikir lagi.. Baru duk google contoh kad jemputan

5. Menu

Disebabkan kitorang nak buat lepas asar , kitorang ingat nak buat menu yang simple-simple je.. Macam laksa, mee goreng macam tu je.. Mil dah tempah bihun sup and mee kuah untuk 150 orang makan.. Ingat nak tambah mee goreng and laksa.. Takut tak cukup.. Tetamu datang makanan tak cukup

6. Goodies

Untuk goodies pulak terbahagi kepada dua.. Satu untuk parents satu lagi untuk budak-budak yang datang.. Untuk parents Aina dah tempah yasin dan cupcake.. So nanti maybe beli air botol jugak.. Dalam goodies bag untuk parents ada yasin, cupcake dan air botol.. Untuk budak-budak pulak kitorang beli lolipop and air kotak je hehe

7. Photographer

Dah booked dah.. Kitorang ambik kawan hubs je.. Senang nak deal kan.. Lagipun kawan hubs nih part time photographer so tak rugi kalau hire kawan hubs nih.. Gambar-gambar dia pun lawa-lawa.. Member punya pasal dapat lah jugak discount hehe

8. Marhaban

Yang nih Aina serahkan dekat mil.. Aina just setelkan goodies, photographer semua tu je.. Marhaban semua mil yang uruskan..

9. Buaian Berendoi

Macam rugi je buat buaian semua nih.. Masa Kakak Sofea dulu takde buaian bagai tapi takpelah untuk Amanda Aina decide nak tempah buaian berendoi.. Dah tempah dekat Kak Anna.. Terjumpa dekat fb.. Comel kemas je tengok gambar hasil yang Kak Anna nih buat.. Hopefully Amanda punya pun comel kemas..

10. Photobooth

Photobooth nih sebagai tambahan je.. Selalunya wedding , birthday party je orang buat photobooth.. Aqiqah Amanda Aina nak buat jugak.. Guest yang datang boleh ambik gambar dekat situ.. Props semua print sendiri

11. Candy Buffet

Candy buffet nih Aina buat sendiri je.. Senang kan puas hati pun puas hati.. Nanti nak ajak hubs pegi beli lolipop , marshmellow , sumi pastu makanan ringan yang sesuai nak letak dekat candy buffet.. Banner , labels semua buat sendiri je.. Jimat pun jimat

12. Baby Outfit

Aina dah beli dress untuk Amanda and Kakak Sofea.. Sedondon diorang nanti.. Bukan senang nak dapat dress yang sedondon..

13. Parents Outfit

Aina dah beli dress dekat zawara masa raya haritu.. Tapi tak sempat nak pakai.. Boleh pakai untuk aqiqah Amanda nanti.. Lagipun color dress tuh sama dengan tema aqiqah Amanda.. Jimat duit kihkih.. Untuk hubs pulak just beli tshirt dekat sogo je :p Hubs taknak pakai baju melayu.. Dia lebih selesa pakai tshirt.. Apa-apa jelah hubs oii

Ok setel! Kalau ada yang terkurang atau tak list dekat sini boleh bagitau yaa. Fuhh nervous! Pening jugak pikir semua nih walaupun dah ada pengalaman masa Kakak Sofea dulu.. Hope semuanya berjalan lancar . InshaAllah

Sabtu, 17 Oktober 2015

Shopping Barang Baby

*Entry nih update sebelum deliver lepas deliver baru publish*

----------------------------------------------------

Assalamualaikum

Alhamdulillah setakat sekarang dah 90% barang2 baby dah siap.. Yang mana boleh recycle kita recycle balik.. Meh kita throwback shopping barang baby haritu..

First Shopping

Shopping dekat Kids Baby je.. Shopping baju baby je.. Barang lain macam awal sangat nak membeli.. Awal tak awal 34weeks dah weh haha.. Sebelum shopping nih dah dobi baju-baju kakak Sofea masa baby dah.. Tapi dobi baju je dulu.. Napkin, bedung semua next time.. Kali nih masuk mesin je tak rajin nak gosok sental macam 1st baby.. Okayh lengan panjang ada 14 pasang, lengan pendek 23 pasang.. Memang dah target taknak beli banyak-banyak.. Nak beli sikit je.. Tapi baru first time shopping barang baby dekat 2nd baby dah banyak dah baju Aina grab.. Macam takleh percaya je hahaha..


Aina grab baju lubang-lubang 2 pasang.. Sepasang rm18 dua pasang rm36.. Ok mahal -_- Bukan berkira tapi masa 1st baby dulu sepasang rm10 ringgit je k.. Tapi yang tuh beli dekat expo baby.. Sapa tau dekat mana ada expo baby please bagitau Aina.. Aina ambik color biru and oren.. Selamat lah sikit walaupun tau 2nd baby nih baby girl.. Lagipun dah banyak baju baby color pink , purple kita ambik color lain plak.. Aina ambik size 6-9months.. Boleh pakai lama taklah rasa mmembazir sangat kan.. Pastu grab rompers.. Takleh tahan comel sangat.. Color merah rm36.. Pasrah jelah huhu.. Ada legging and bib baby.. Rasa berbaloi lah jugak.. Pastu terbekenan dengan satu dress nih.. Siap ada lace-lace gitu..  Apa lagi tangan nih pun laju je grab..  Rm28 ok pasrah lagi..
Pastu Aina grab mitten and booties 4 pairs... Mitten booties memang dah decide nak beli baru..  Taknak recycle yang Kakak Sofea punya sebab dah lusuh.. Aina ambik color putih 3 pairs pastu color merah corak ladybird.. Tak tahan comel sangat gerammm! Mitten booties 1 pairs rm9 so 4 pairs rm36.. Pasrah lagi.. Nak tunggu baby fair dah terlepas.. Takpelah barang anak sendiri jugak kan 
Pastu dah blur taktau nak beli apa Aina pun pegilah bayar.. Tetiba blur pulak kan.. Padahal dah ada pengalaman.. Total semua rm136.. Ok telan air liur.. Bukan banyak pun beli huhu.. Pasrah lagi

Second Shopping 

Disebabkan pegi sorang-sorang, takdelah beli banyak pun.. Tak larat nak mengangkat haaa.. Beli mana yang penting and betul-betul takde lagi.. Time nih dah 36weeks and barang baby memang tak cukup lagi.. Taktau lah nape 2nd baby macam tak semangat sangat nak shopping barang baby.. Maybe hubs asyik busy jadi malas nak shopping sensorang huhu


Aina beli bib baby.. Nak recycle yang Kakak Sofea punya, Kakak Sofea pun still pakai bib.. So dah decide beli baru dekat adik baby.. Banyak sangat yang cute sampai pening nak pilih.. So Aina beli 2 je.. Satu rm9 dua baru rm18.. 
Pastu macam biasa blur taktau nak beli apa sebab barang-barang baby dah hampir complete.. Tinggal sikit lagi je.. Baru teringat botol susu.. Botol susu Kakak Sofea semua dah selamat bagi dekat kawan-kawan yang bersalin hihi.. Nak beli tommee tippee takut adik baby taknak sama macam Kakak Sofea so Aina decide beli botol susu MAM.. Rm33.. Harga boleh tahan lah huhu.. Baby taknak mama sumbat puting je dekat adik baby nanti hihihi..
Pastu Aina ambik minyak telon jugak.. Dari Kakak Sofea lagi memang pakaikan minyak telon.. Lepas mandi wajib sapu.. Selain minyak telon, Aina sapu minyak mestika jugak dekat Kakak Sofea dulu.. Tapi dah lupa beli minyak tuh dekat mana.. Beli jelah minyak telon nih.. Rm6.50 untuk botol kecik.. Nak beli yang besar punya takda stock.. Takpe nanti suruh papa beli..
Baby wipes murah rm6 je untuk satu packs tuh.. Ada 30pcs.. Aina ambik 3 packs.. So total 90pcs.. Cukup stock untuk ssebulan berpantang.. Nanti dapat lagi orang bagi hadiah hehe..
Masa duk belek-belek tuh terjumpa socks.. Terus grab sebab mitten booties akan pakaikan sampai baby 2 bulan je pastu pakaikan socks pulak dekat baby sampai 6 bulan.. Socks Kakak Sofea still elok tapi takpelah beli jelah yang baru dekat adik baby.. 3 socks rm17.. Taktau lah murah ke mahal.. Masa Kakak Sofea rm3 je tapi beli time expo baby lah..
Total untuk semua barang baby tuh rm65.50.. Okay dompet dah kurus hahaha tapi lepas keluar dari kedai baby tuh masuk lagi satu kedai baby.. Cash ada lagi so meh ler kita shopping barang baby..  Balik nanti claim dekat papa Kakak Sofea and adik baby huhu 


Pampers Aina beli petpet.. Memula nak ambik size s tapi yang 64pcs punya takde stock tinggal yang 36pcs je terus decide ambik jelah size newborn 64pcs nih.. Boleh pakai sampai baby 5kg.. Pampers tuh rm30.. Berbaloi jugak bagi Aina.. 
Disebabkan mitten booties baru ada 4 pairs , Aina ambik lagi 4 pairs.. Yang corak-corak 3 pairs yang plain color 1 pairs.. Mitten booties sikit takpe sebab nak pakai sampai baby 2 bulan je nanti.. Total untuk 4 pairs mitten booties rm20 je murah kan..  
Aina ambik sapu tangan jugak sebab nak lap mulut baby lepas menyusu nanti.. Satu tuh ada 8 pcs rm31 je kot.. Rasa berbaloi baloi sebab material 100% cotton and tebal jugak sesuai untuk lap mulut baby.. 
Changing mat dah ada.. Ada 3 lagi kauu.. Tapi Aina decide nak beli baru.. Lagipun satu ada dekat rumah babysitter Kakak Sofea, satu lagi ada dekat kampung terlupa nak bawak balik.. Lagi satu dah lupa letak dekatt mana hihi.. Sebab tu decide beli baru je 
Lagipun rm17 je macam tak percaya pun ada.. Aina ambik size yang paling besar.. Senang adik baby dah besar sikit pun still boleh guna lagi..
Pastu terjumpa penyangkut baju berklip tuh terus sambar.. Dah ada dah tapi paham-paham jelah baju baby kan kecik-kecik nak guna hanger macam leceh je.. Alaa rm12 je pun penyangkut baju berklip nih.. 
Berus basuh botol tuh memang decide beli baru sebab yang Kakak Sofea pun macam dah takleh pakai dah.. Rm9 ok lah tuh kan.. 
Aina ambik nursing bra jugak.. Dah ada tapi tak salah kalau nak tambah stock sebab memang berguna nursing bra nih.. Tak pakai habis basah lencun baju huhu.. Rm27 sehelai.. Rasa murah jugak sebab selalunya rm30 lebih.. Terus ambik 3.. 3 helai rm81.. Parah jugaklah huhu.. Sejujurnya barang-barang keperluan baby and mama sekarang mahal ok! Tapi takpelah lepas nih maybe rezeki lain pulak yang datang kan.. Nih pun dah kira jimat sebab kebanyakkan kitorang recycle barang Kakak Sofea je.. 
Okay total untuk semua barang-barang tuh rm200.. Haaa cukup-cukup rm200.. Perghh menggigil jugak masa nak bayar tuh huhu.. Balik tunjuk resit dekat hubs terus hubs terkejut haha.. Dia cakap kalau shopping dengan dia maybe tak sampai neratus.. Aina shopping sorang beratus terus.. Dia suruh tunggu dia lepas nih.. Elehh haritu banyak sangat alasan.. Busy lah apa lah.. Tapi rasanya shopping sorang lah jimat sikit kot.. Shopping dengan hubs nih pakai main rembat je.. Mahal ke murah ke terima jelah sebab hubs tak suka lama-lama..  

Kali ketiga shopping


Kitorang pegi mydin shopping barang dapur.. Pastu dekat luar tuh ada kedai jamu.. Niat hati nak survey je set bersalin tapi tetiba terbeli terus hahaha... Price dekat internet rm290 macam tu tapi masa dekat kedai jamu nih rm275.. Set bersalin Nina Roguy.. Ingat nak ambik Tanameera tapi nak cuba yang lain plak terus macam berminat dengan set bersalin NR nih.. Macam tak caya pun ada rm275 je.. Takut yang fake punya.. Hubs suruh ambik je.  Dia cakap takde masa dah nak pikir.. Huhh paling benci bila kena buat keputusan cepat-cepat... Ok lah Aina ambik.. Lagipun bukan guna duit Aina pun HAHAHA.. Nanti dah pakai Aina review dekat blog k.. Ohh haa rezeki baby kawan Aina bagi 20 pasang baju baby dengan 12pairs mitten booties yang anak dia punya.. Alhamdulillah murah rezeki baby mama..
Lepas dah beli set bersalin jalan-jalan dekat booth luar tuh.. Lagipun barang baby semua dah siap basuh and packing.. Tinggal nak push je hihi... Pastu berkenan dengan baju disney.. Comey je cartoon miniey mouse.. Beli sehelai dekat adik baby.. Rm29.. Baju je seluar tak beli pun.. Kakak Sofea dapat mainan robocar poli jadi lah tu kan.. Mama papa tak kaya huhu..

Dah lama nak beli almari nih.. Senang nak simpan baju-baju baby.. Kalau boleh taknak campur dengan Kakak Sofea so dah ada budget lebih terus decide beli almari untuk baby.. Beli dekat ikea.. Rm499.. Mahal pun mahal lah asalkan puas hati.. Mil suruh beli yang cartoon-cartoon je.. Murah pun murah.. Rm200 lebih pun dah boleh dapat tapi nak buat camner hati nih lebih berkenan dengan almari ikea nih.. Kang tak dapat meroyan susah plakkan hahahaha.. Now dah siap susun baju-baju baby dekat dalam almari nih.. Tunggu masa keluar tanda and bersalin je.. Cant wait!!!! 

Alhamdulillah barang-barang baby semua dah setel.. Tinggal nak tunggu baby keluar je.. Yang belum ada carseat.. Nak pakai carseat Kakak Sofea, Kakak Sofea pun still pakai carseat.. Kena beli baru lah jawabnya.. Yang tu tunggu baby keluar dulu...Nak test baby dulu.. Baby selesa ke tak.. Barang-barang yang lain setel! ;) Babycot pun recycle yang Kakak Sofea punya sebab dia dah taknak tido dalam tuh.. 

Okeh untuk second baby kitorang dah habis rm1,204.50... Serious macam tak percaya kitorang berhabis seribu lebih jugaklah untuk barang-barang baby je.. Nih pun dah habis jimat sebab baju baby beli bape pasang je pastu banyak kitorang recycle barang Kakak Sofea.. Kalau tak lagi banyak berhabis.. Tapi takpe pasni ada rezeki lain pulak datang kan.. Aina bagitau total yang habis bukan sebab nak berlagak ke apa eh tapi sebagai kenangan.. Bukan selalu nak beli barang-barang baby.. Bila pregnant and ada nak baby baru,  baru lah beli kan. 

Ok lah dah lama duk depan laptop sampai Kakak Sofea dah mengamuk mama tak layan dia haha.. Next time Aina update lagi.. Doakan semuanya dipermudahkan dan selamat ya.. ;)

Sabtu, 26 September 2015

Next Baby

Assalamualaikum

Amboi kau aina lama tak update tetiba update entry next baby ? Mimpi ke macam mana nih hahaha... Alhamdulillah bulan nih Amanda dah 4 bulan lebih.. Sofea plak dah 2 tahun 2 bulan.. Sofea demam adik plak makin manja sekarang emm jenuh jugak la nak handle kakak Sofea dengan adik.. Yang tuh next entry aina story ok..

Btw ramai jugak tanya bila nak dapat third baby.. Amboi baby kedua aku setahun pun tak sampai lagi dah tanya next baby ehh! Hahaha.. Kitorang bukan taknak next baby, nak tapi bukan sekarang.. Kali nih memang dah plan dah.. Taktau lerr boleh pakai ke tak plan nih.. Macam haritu dah plan nak tunggu Sofea 2 tahun baru nak ada baby lain tuptup Sofea tak sampai 2 tahun lagi dah disahkan pregnant 2nd baby.. Alhamdulillah rezeki kan.. Takkan nak tolak kot..

Kalau boleh kitorang laki bini memang nak anak ramai.. Sape taknak anak ramai kan.. Tapi next baby tuh bukan sekarang lah.. Nak bagi Sofea and Amanda besar dulu.. Nak tumpu perhatian kat diorang.. Nak fokus dekat kerjaya jugak.. Kalau ada baby lagi confirm salah sorang tak terlayan huhu.. So buat masa sekarang cukuplah dua orang nih dulu..

InshaAllah Sofea 5 tahun and Amanda 3 tahun baru nak tambah baby.. Kitorang pun dah bincang pasal nih.. Time tuh Sofea dah masuk tadika and Amanda pun dah besar.. Okay setel bab nih.. Dah jangan tanya lagi bila nak dapat next baby eh.. Tapi kalau terdapat awal tuh rezeki lah namanya.. Kalau dapat awal pun alhamdulillah kami terima.. Anak kan rezeki... Ok bye nak pegi layan anak-anak plak.. Assalamualaikum :)

Ahad, 21 Jun 2015

Keisha Amanda ♥

Assalamualaikum

Alhamdulillah setel 44 hari berpantang.. Dah boleh makan sedap-sedap.. Tapi ada lagi makanan yang kena pantang macam ais, laksa semua tuh.. Kena tahan nafsu. Uhukk :'(

Okay ramai tertanya-tanya nama 2nd baby aina.. Meh nak bagitau mehh.. hihi.. Kali nih kitorang malas nak letak nama huruf belakang-belakang like 'Q' atas sebab-sebab tertentu.. So kali nih kitorang letak nama huruf depan-depan sikit.. Hehe..
Nama 2nd baby nih agak simple bagi kitorang.. Yang penting kena ada maksud.. Tu yang penting bagi kitorang..
Nama 2nd baby nih last minutes lah jugak kitorang cari.. Dalam 34weeks gitu baru cari.. Hahah.. Hubs tak kisah nak letak nama apa..

Aina berkenan nama Natasha tapi hubs tak berkenan pulak.. Haih terpaksa cari nama lain.. Tetiba terbekenan nama Amanda.. Search maksud nama tuh dulu.. Okay boleh lah maksud dia.. Maksud nama pun elok :)
Bagitau hubs and hubs tanya maksud nama Amanda.. Aina bagitau maksud nama and hubs setuju.. Pastu cari lagi satu nama.. Pening tak tau nak letak apa.. Terlalu banyak pilihan nama untuk baby girl.. Tapi mesti lah nak letak nama yang ada makna elok kan..

Aina terjumpa nama Qiesya dekat mana tah.. Hehe.. Cari maksud and maksud dia nak sama dengan Qaisara jugak.. Hehe.. Bagitau hubs and hubs setuju.. Ok dah decided nak letak Qiesya Amanda.. Tapi masa tengah menunggu hari nak bersalin, tetiba terpikir boleh tak kalau tak nak letak Qiesya.. Nama still Qiesya tapi ejaan tuh nak tukar.. Pun bolehh hahahaha..
Kalau boleh ejaan tuh nak letak Keisha.. Try bagitau hubs.. Mula-mula hubs tak setuju dia cakap ejaan nama tuh pelik tapi lepas pujuk punya pujuk hubs pun terus setuju..

So nama 2nd baby girl kitorang Keisha Amanda.. Maksud Keisha " hidup dalam keadaan baik " Maksud Amanda pulak " Dicintai "
Moga - moga anak mama sentiasa hidup dalam keadaan baik dan dicintai oleh masyarakat..

Ok setel nama 2nd baby aina.. Sofea alhamdulillah takde meragam pun bila dia dapat adik nih.. Sofea penyayang.. Tengok cara dia jaga adik dia, boleh nampak yang dia sayang sangat-sangat kat Amanda :') Amanda pun senang nak jaga.. Jarang meragam.. Kalau nangis bagi susu terus diam.. Sama macam Sofea masa baby.. Alhamdulillah anak-anak mama memang senang nak jaga

Ok tu je nak update arini.. Pendek je kan.. Ok lah tuh at least ada jugak entry baru.. Sekarang takleh nak update lama-lama maklum lah anak dah 2 kan.. Hikss
InshaAllah kalau ada masa aina update lagi okay


Sabtu, 6 Jun 2015

Alhamdulillah..

Assalamualaikum
Lamanya tak update blog.. Pregnant 2nd baby nih memang malas betol.. Nak masak pun malas tambah nak update blog lagi lah malas.. huhu




Alhamdulillah aina dah selamat melahirkan baby kedua aina pada 3 may 2015.. 2nd baby aina baby girl lagi lah.. Hehe... Sofea ada kawan nak main masak - masak lepas nih. Aina still dalam tempoh berpantang.. Kali nih nak pantang betul-betul.. Nak slim before raya :p InshaAllah pasni aina akan update pengalaman bersalin, pengalaman berpantang untuk second time pastu banyak lagi lah.. Hehe

Jumaat, 13 Februari 2015

Nama yang dilarang dalam Islam

Assalamualaikum

Sekarang dalam mood mencari nama baby.. Walaupun 2nd baby still rasa excited nak pilih nama baby.. Kalau boleh nak pilih semua sebab semua best-best.. Huhu..  Disebabkan lagi 2 bulan jer lagi dah nak bersalin, kitorang dah start cari nama baby.. Barang baby still tak beli.. Hahaha.. Lagipun sikit je nak beli kan
Sekarang kan ada banyakkkkkk sangat nama baby sampai kita pun taktau nak pilih yang mana.. Tambah nama untuk baby girl kan..  Tapi of course kena pilih yang ada makna baik kan.. Tengah google tetiba terjumpa entry nih.. Good untuk mommies yang tengah cari nama baby.. Disebabkan aina pun tengah cari nama untuk 2nd baby, better aina update sini.. Boleh jadi panduan untuk aina and mom to be diluar sana..  Sharing is caring right..  Credit fa.ismail

Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;

1. Balqis – ketua jin

2. Qistina/Kistina – penghulu jin

3. Najwa – bisikan

4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

5. Haikal/Haiqal – tengkorak

6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

_____________________________________________________________

[Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam]

Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:

A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan
Asiah Wanita yang derhaka
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina

B
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar

D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah

F
Faji’ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah

G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu

H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan

J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan

K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa

L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk

M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan

N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami

Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan

R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi’ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina

S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani’ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun

T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua

W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh

Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa

Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh

Sebenarnya pasal nih ada video tau.. Boleh tengok dekat youtube.. Aina nak upload sini tak boleh la pulak.. Huhu.. Dua bulan jer lagi.. Nervous pulakk.. Hopefully dapat deliver baby secara normal.. InshaAllah Amin

Isnin, 2 Februari 2015

Azam 2015

Assalamualaikum

Orang awal-awal tahun lah update pasal azam 2015 kan.. Aina awal bulan February baru nak update.. Haha.. Nampak sangat busy kan..Lagipun dah nak bersalin tu yang malas nak update blog.. Sorry 2nd baby nih pemalas betol.. Huhu ..Now nak update azam 2015.. Ketinggalan ? Nevermind asalkan update jugak kan.. Lantak lah ketinggalan or whatever kan.. Huhu

1. Nak selalu masak - Kalau boleh hari-hari nak masak kat husband..

2. Nak jadi isteri yang solehah.. Anak dan menantu yang baik.. Dan nak jadi ibu yang baik kepada anak-anak..

3. Nak holiday dekat Bangkok.. Haha.. InsyaAllah bulan 8 nih.. Time tuh adik baby baru 4 bulan.. Rasanya adik baby tinggal dekat my parents.. Bawak kakak sofea je kot.. Adik baby kecik lagi kot kalau nak bawak pegi holiday dekat Bangkok nanti

4. Nak fully breastfeed adik baby.. Kalau boleh nak bf adik baby at least sampai 2 tahun.. Kakak sofea sekarang dah minum susu fm sebab mama tak sempat nak kumpul stock.. 2nd baby alahan teruk sesangat.. Letih je rasa sampai tak sempat nak buat stock.. Huhu

5. Nak bersalin normal untuk 2nd baby nih.. Walaupun peluang untuk.bersalin normal ada tapi kita taktau apa yang akan jadi nanti kan .. At least kita ready dari awal

6. Nak upgrade rumah.. Nak bagi cantik lagi.. hihi.. Kalau boleh nak buat satu bilik khas untuk kakak sofea and adik baby

7. Nak pregnant balik tahun 2018 nanti.. Eh macam tersesat je wishlist nih.. Hahaha

Jumaat, 30 Januari 2015

27 weeks and scan gender baby

Assalamualaikum




Your baby now weighs nearly 875g and will probably measures more than 36cm from head to toe. His eyes open and close, he sleeps and wakes at regular intervals and he may suck a finger or thumb. 

Sweet dreams, little baby! Some experts believe that babies begin to dream by week 27. What do they dream about? No one knows for sure but your baby's brain is certainly active now. The characteristic grooves on his brain's surface is starting to appear and more brain tissue is developing. 

You may be detecting rhythmic movements, which is simply your baby having an attack of the hiccups. They are common this week and throughout your pregnancy. A spell of hiccups usually passes in moments. The sensation for you may be strange, but rather comforting. 

Since your uterus (womb) is now up near your rib cage, you may now find yourselfshort of breath if you haven't already. Starting now and continuing through the last three months of pregnancy, you may be plagued by leg cramps, haemorrhoids,varicose veins and an itchy belly. Are pregnancy discomforts getting you down? Try some natural remedies to perk you up. 

If a blood test for your rhesus status found you to be rhesus negative (RhD negative) earlier in pregnancy, you'll probably be tested for antibodies this week or next. These may be present in your blood if your baby is RhD positive, and you'll have what's called an anti-D injection to combat the incompatibility. You may be offered a repeat injection at 34 weeks. 

------------------------------


Lamanya tak update.. Nampak sangat mama tak adil dengan adik baby.. Masa kakak sofea apa-apa sikit je terus nak update kat blog.. Time adik baby mama tak update pun kan.. Sorry mama tak rajin nak update blog.. Huhu.. Now alhamdulillah dah 27weeks dah.. Tido malam memang dah tak lena.. Sakit belakang makin menjadi.. Duk kat office pun dah tak selesa dah.. Huhu

Btw baru-baru nih pegi scan dekat klinik.. Lagipun dah okay dah kalau nak scan.. Harini pun dah nak masuk 3rd trimester dah kan.. Memang sesuai sangat..

Alhamdulillah gender adik baby pun dah 100% confirm.. So far dah 3 kali pegi scan.. Still sama.. Baby pun Alhamdulillah sihat sempurna.. 2nd baby nih agak pemalu.. Pipi kemain tembam.. Masa sofea dulu takdelah tembam macam ni sangat.. Apa-apa jelah sayang, asalkan sihat sempurna.. Btw sape cakap bila anak kedua tak semangat nak tau gender baby ? Aina rasa sama je anak keberapa pun.. Still semangat nak buat apa-apa.. Cuma 2nd nih boleh jimat and kita dah tau apa yang penting and tak penting.. Dah tau keadaan nak bersalin macam mana.. Jaga baby macam mana..




Agak-agak baby girl or boy ? Kitorang tak kisah baby girl or boy asalkan sihat sempurna.. Nama baby pun kitorang dah start cari.. Kali nih hubs nak nama arab-arab sikit.. Hahaha.. Nama depan tu memang dah confirm nak letak huruf " Q " jugak.. Tapi bukan Qaisara lah.. Nama lain plak cuma still huruf Q kat depan.. Cuma nama kedua tu ja still cari lagi.. Nama kedua tak confirm lagi nak huruf " S " jugak or tak..
Barang baby pun still tak beli lagi.. Lagipun sikit je kan yang nak kena beli.. Nantilah tunggu expo baby ke, ajak hubs pegi beli nanti.. Ok bye.. Malas nak update lelama.. Cukuplah sekadar kenangan kan.. Nanti update lagi.. Oh checklist barang baby tak habis update lagi kan ? Ok japgi sambung update.. Bye