Jumaat, 13 Februari 2015

Nama yang dilarang dalam Islam

Assalamualaikum

Sekarang dalam mood mencari nama baby.. Walaupun 2nd baby still rasa excited nak pilih nama baby.. Kalau boleh nak pilih semua sebab semua best-best.. Huhu..  Disebabkan lagi 2 bulan jer lagi dah nak bersalin, kitorang dah start cari nama baby.. Barang baby still tak beli.. Hahaha.. Lagipun sikit je nak beli kan
Sekarang kan ada banyakkkkkk sangat nama baby sampai kita pun taktau nak pilih yang mana.. Tambah nama untuk baby girl kan..  Tapi of course kena pilih yang ada makna baik kan.. Tengah google tetiba terjumpa entry nih.. Good untuk mommies yang tengah cari nama baby.. Disebabkan aina pun tengah cari nama untuk 2nd baby, better aina update sini.. Boleh jadi panduan untuk aina and mom to be diluar sana..  Sharing is caring right..  Credit fa.ismail

Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;

1. Balqis – ketua jin

2. Qistina/Kistina – penghulu jin

3. Najwa – bisikan

4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

5. Haikal/Haiqal – tengkorak

6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

_____________________________________________________________

[Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam]

Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:

A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan
Asiah Wanita yang derhaka
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina

B
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar

D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah

F
Faji’ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah

G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu

H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan

J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan

K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa

L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk

M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan

N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami

Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan

R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi’ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina

S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani’ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun

T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua

W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh

Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa

Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh

Sebenarnya pasal nih ada video tau.. Boleh tengok dekat youtube.. Aina nak upload sini tak boleh la pulak.. Huhu.. Dua bulan jer lagi.. Nervous pulakk.. Hopefully dapat deliver baby secara normal.. InshaAllah Amin

Isnin, 2 Februari 2015

Azam 2015

Assalamualaikum

Orang awal-awal tahun lah update pasal azam 2015 kan.. Aina awal bulan February baru nak update.. Haha.. Nampak sangat busy kan..Lagipun dah nak bersalin tu yang malas nak update blog.. Sorry 2nd baby nih pemalas betol.. Huhu ..Now nak update azam 2015.. Ketinggalan ? Nevermind asalkan update jugak kan.. Lantak lah ketinggalan or whatever kan.. Huhu

1. Nak selalu masak - Kalau boleh hari-hari nak masak kat husband..

2. Nak jadi isteri yang solehah.. Anak dan menantu yang baik.. Dan nak jadi ibu yang baik kepada anak-anak..

3. Nak holiday dekat Bangkok.. Haha.. InsyaAllah bulan 8 nih.. Time tuh adik baby baru 4 bulan.. Rasanya adik baby tinggal dekat my parents.. Bawak kakak sofea je kot.. Adik baby kecik lagi kot kalau nak bawak pegi holiday dekat Bangkok nanti

4. Nak fully breastfeed adik baby.. Kalau boleh nak bf adik baby at least sampai 2 tahun.. Kakak sofea sekarang dah minum susu fm sebab mama tak sempat nak kumpul stock.. 2nd baby alahan teruk sesangat.. Letih je rasa sampai tak sempat nak buat stock.. Huhu

5. Nak bersalin normal untuk 2nd baby nih.. Walaupun peluang untuk.bersalin normal ada tapi kita taktau apa yang akan jadi nanti kan .. At least kita ready dari awal

6. Nak upgrade rumah.. Nak bagi cantik lagi.. hihi.. Kalau boleh nak buat satu bilik khas untuk kakak sofea and adik baby

7. Nak pregnant balik tahun 2018 nanti.. Eh macam tersesat je wishlist nih.. Hahaha