Sabtu, 9 Januari 2016

Dah start kerja...

Assalamualaikum

Happy new year guys! Tahun nih umur dah 24 tahun dah.. Dah tua dah huhu.. Anak dah masuk 2 orang , suami masih sorang hihi I  gurau je tau :P

Tahun nih aina decided untuk pegi kerja.. Yes kalau ikutkan nak duduk rumah besarkan dua orang budak tuh tapi aina nak dapat new experience aina decided untuk pegi kerja.. Mula-mula hubs tak setuju.. Dia cakap better duduk rumah jaga Sofea and Amanda.. Tapi tulah aina nih kan "degil" so aina decided untuk nak pegi kerja jugak.. Alhamdulillah hari dah masuk hari ke 8 aina kerja.. Mula-mula macam susah sikit yelah takde experience kan.. Tapi alhamdulillah kawan-kawan office banyak bagi tunjuk ajar.. Thank you so much!

Anak - anak sapa jaga ? Buat masa sekarang nih Sofea and Amanda jiran aina yang tolong jagakan.. Kitorang tak sempat nak cari babysitter lagi.. Tapi sekarang baru duk survey nursery yang ok.. Kalau boleh nak cari yang dekat dengan office senang kan nak pegi tengok time office hour.. Ikutkan nak hantar Sofea pegi sekolah tapi kesian pulak baru 3 tahun.. Tahun depan mama hantar Sofea pegi sekolah okay...

Jiran cakap Sofea ok je duduk dengan dia.. Behave sangat-sangat alhamdulillah good girl sayang.. Amanda pulak dia jenis cepat meragam... Budak nak membesarkan.. Dia jenis suka merap.. Nak orang dukung je.. Kalau tido kena ada orang peluk dia so jiran ambik bantal peluk letak kiri kanan baru dia tido lama sikit.. Macam-macam lah Amanda nih huhu..

Macam mana dengan susu ? So far Sofea and Amanda still menyusu badan.. Macam Sofea haritu kitorang stopkan kejap and bagi susu formula sebab pregnant 2nd baby.. Lepas bersalin haritu dia menyusu badan balik.. Takpelah sharing is caring kan hehe.. Untuk babysitter kitorang bawak susu formula untuk Sofea.. Amanda pulak kitorang bawak susu ebm.. Sofea akan minum susu 4 kali sehari.. Pagi-pagi , tengahari , petang and sebelum tido.. Amanda pulak pagi-pagi tuh memang wajib lah pastu lepas mandi , sebelum tido.. Tak menentu waktu menyusu dia.. So aina bawak 9 botol susu ebm untuk babysitter.. Senang kan..
Kitorang hantar Sofea and Amanda pegi rumah jiran pukul 7 pagi , pukul 5 lebih macam tuh baru aina pegi ambik.. Sebab aina habis kerja pukul 5 petang nak balik jalan mesti jammaed.. Hubs pulak pukul 8 baru habis kerja.. Huhu.. Aina sampai rumah dalam pukul 5:45 petang macam tuh.. Balik tuh mandi dulu baru ambik anak-anak..

Setakat tu je kot yang aina boleh update.. Pegi kerja asyik ingat anak je.. Huhu.. Baru tau macam mana mak-mak yang kerja rasa bila kena tinggal anak sebab kerja.. Rasa macam nak berhenti tapi kuatkan semangat.. Oh yaa dulu planned nak kerja bila Amanda dah 2 tahun lebih tapi sekarang Amanda baru 9 bulan lebih.. Kita hanya merancang Allah yang menentukan :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan